BIDANG TUGAS


SETIAUSAHA SUKAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Menyelaras dan merancang segala gerakerja sukan di sekolah.

2. Memanggil mesyuarat majlis Sukan Sekolah, guru-guru rumah, guru-guru permainan dan jawatankuasa pelajar (jika ada).

3. Menyelaras semua permainan/olahraga antara kumpulan, kelas, rumah sekolah dan rancangan MSS Daerah / Negeri.

4. Mengurus pembahagian pelajar kepada rumah-rumah sukan.

5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga.

6. Menentukan tempat-tempat dan alat-alat permainan (gelanggang, padang, tiang-tiang gol dan lain-lain).

7. Mengawal dan menyelia kewangan kelab/persatuan mengikut persatuan.

8. Memesan, menerima dan merekodkan segala perbelanjaan sukan seperti pembelian alatan, tambang-menambang, minuman, hadiah dan lain-lain.

9. Bertanggungjawab serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.

10. Mengurus dan melaksanakan kejohanan olahraga sekolah.

11. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan di semua peringkat.

12. Menyediakan anggaran pendapatan dan pembelajaran tahunan berdasarkan peruntukan yang ada.

13. Menentukan penilaian gerakerja sukan berjalan dengan sempurna.

14. Menyimpan segala rekod-rekod dan minit mesyuarat.

15. Menghadiri mesyuarat penting olahraga / merentas desa/permainan.

16. Tugasan tambahan.




GURU PENYELARAS
PERSATUAN / KELAB, UNIT BERUNIFORM DAN
SUKAN PERMAINAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


1. Membantu memilih dan mengurus segala aktiviti yang hendak dijalankan semasa di dalam atau di luar kawasan sekolah.

2. Menentukan semua guru dan pelajar melibatkan diri dalam gerakerja kokurikulum dalam setiap bahagian

3. Memastikan segala aktiviti yang dijalankan di dalam atau di luar kawasan sekolah mengikut prosedur.

4. Memastikan akan keselamatan setiap guru/pelajar yang mengikuti sebarang aktiviti di dalam atau di luar sekolah sepanjang tahun.

5. Sentiasa berhubung rapat dengan GPK Kokurikulum dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sekolah sepanjang tahun.

6. Menyimpan dan mengemaskini data pelajar yang berpotensi dalam sesuatu bidang.

7. Tugas tambahan.


  

GURU PENYELARAS
PERSATUAN / KELAB, PAKAIAN SERAGAM DAN
SUKAN PERMAINAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Peranan Guru-Guru Penyelaras adalah sebagai pembimbing/penasihat dan pengawas sesuatu pasukan permainan, pakaian seragam, persatuan atau kelab sekolah. Ini termasuk perkara yang berkaitan dengan pengelolaan, pengurusan dan perancangan dan perbelanjaan.

2. Betanggungjawab memanggil Mesyuarat Agung, menubuhkan Jawatanakuasa Tetap terdiri daripada pelajar-pelajar bagi tahun semasa untuk menjalankan semua kegiatan kokurikulum.

3. Mendaftarkan persatuan/kelab dan pakaian seragam.

4. Merangka dan menyediakan perlembagaan.

5. Merangka aktiviti sepanjang tahun.

6. Menjalankan akiviti sepanjang tahun.
7. Guru penyelaras mesti berada di tempat yang sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar terjamin.

8. Memastikan penglibatan maksima daripada ahli-ahli pada setiap kegiatan kokurikulum di jalankan.

9. Mengutip, menandatangani dan mengembalikan kad pelaporan kokurikulum kepada pelajar pada hari yang sama sewaktu kegiatan berjalan.

10. Bertanggungjawab menandatangani kedatangan pelajar bagi setiap aktiviti kokurikulum.

11. Bertanggungjawab menyimpan peralatan dengan baik selepas digunakan dengan baik dan secukupnya.

12. Bertanggungjawab mengemas dan menjaga kebersihan semua bilik stor, dewan dan lain-lain.

13. Bertanggungjawab menulis laporan aktiviti kokurikulum harian/mingguan untuk simpanan pejabat.

14. Bertanggungjawab memastikan semua kegiatan luar sekolah dibuat mengikut prosedur, menyediakan kertas kerja dan mendapat kebenaran dari Guru Besar secara bertulis.

15. Memastikan segala perhubungan dengan luar mesti melalui Guru Besar.

16. Memastikan semua permohonan kegiatan luar daerah dibuat 3 minggu sebelum tarikh aktiviti dan melalui Guru Besar.

17. Bertanggungjawab memastikan setiap pelajar mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga secara bertulis sebelum meneruskan kegiatan.

18. Menggalakkan pelajar mengambil insuran sebelum mengikuti kegiatan luar daerah atau negeri.

19. Bertanggujawab mencalonkan pelajar untuk menerima anugerah penghargaan sempena Hari Anugerah Sekolah atau Daerah atau negeri.
20. Menggunakan borang tuntutan yang betul semasa membuat tuntutan kewangan berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.

21. Bertanggungjawab memanggil Mesyuarat Agung, membubarkan jawatankuasa tetap pada setiap akhir tahun dan menubuhkan jawatankuasa sementara untuk tahun berikutnya.

22. Bertanggungjawab memegang dan menyimpan semua bentuk harta, laporan kewangan (jika ada) kepunyaan persatuan atau kelab unit beruniform dan menyerahkan kepada penyelaras setiap bahagian.

23. Bertanggungjawab merangka aktiviti tahunan dan membuat laporan aktiviti mingguan.

24. Bekerjasama dengan persatuan lain bagi memudahkan aktiviti persatuan.

25. Bertanggungjawab menyediakan sijil penghargaan kepada jawatankuasa persatuan/kelab/unit pakaian seragam.

26. Tugas Tambahan.





  
GURU KETUA RUMAH

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1.                  Memberi penerangan segala rancangan sekolah dan rumah.

2.         Mengagihkan tugas kepada guru-guru rumah.

3.         Mempengerusikan mesyuarat rumah.

4.         Menubuhkan Jawatankuasa Pelajar untuk rumah.

5.         Menentukan latihan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

6.         Menentukan ada guru bertugas pada setiap latihan.

7.                  Mengawal penggunaan kewangan rumah.


  

GURU PERMAINAN / RUMAH-RUMAH

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1.         Memupuk minat mengingkatkan kemahiran pelajar dalam permainan tersebut.

2.         Mengagihkan tugas guru mengikut keperluan.

3.         Membuat  pemilihan dan membentuk pasukan sekolah/rumah mengikut kumpulan umur dan melantik Ketua Pasukan.

4.         Mengadakan perlawanan persahabatan seberapa banyak yang boleh.

5.      Menguruskan surat kebenaran ibubapa atau penjaga bagi peserta-peserta bagi permainan di luar sekolah.

6.         Bertanggungjawab menghadiri mesyuarat.

7.         Bertanggungjawab terhadap disiplin pasukan sekolah/rumah.

8.         Bekerjasama dengan Setiausaha Sukan.

9.         Tugas Tambahan.

0 comments: